Projek Kuala Langat Sebagai Hab Nanas Negeri Selangor | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Projek Kuala Langat sebagai Hab Nanas Negeri Selangor

Projek Kuala Langat sebagai Hab Nanas Negeri Selangor

Putrajaya, 11 Januari 2019 - Parlimen Kuala Langat, Selangor sedang dalam rangka untuk menjadikan Daerah Kuala Langat sebagai Hab Nenas Negeri Selangor. INTROP yang diwakili oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohamed Thariq bin Hameed Sultan, Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit telah dijemput untuk menyertai mesyuarat ini yang telah dilaksanakan di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Putrajaya.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuala Langat, Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Selangor, Pegawai FAMA Daerah Kuala Langat, wakil daripada UTHM, Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Selangor, dan Ketua Kampung Bt 10 Kebun Baharu.

Antara lain, mesyuarat ini juga melibatkan pembentangan cadangan daripada setiap agensi yang terlibat dan juga strategi jangka pendek projek ini yang melibatkan inisiatif untuk memproses daun nanas dan juga beberapa strategi jangka masa panjang projek ini.

Pihak INTROP berharap akan dapat bersama-sama membantu dalam menjayakan projek ini.

 

Tarikh Input: 31/01/2019 | Kemaskini: 31/01/2019 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXFEKAM~