Lawatan Ke DK Composites Melaka Untuk Tujuan Kolaborasi Strategik | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Lawatan ke DK Composites Melaka untuk tujuan kolaborasi strategik

Lawatan ke DK Composites Melaka untuk tujuan kolaborasi strategik

Lawatan ke DK Composites Melaka untuk tujuan kolaborasi strategik

Batu Berendam, Melaka, 7 Februari 2024 – Lawatan ke DK Composites Sdn. Bhd, Melaka telah berjaya dilaksanakan yang mana melibatkan penyertaan 3 orang pegawai daripada Laboratori Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan diketuai oleh Pengarah, Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan. Pegawai Introp yang turut serta adalah Prof Madya Dr. Edi Syams dan Ts. Dr. Mohd Saiful Asmal. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik diantara INTROP dan DK Composites berkenaan bidang pembuatan panel penebat berasaskan serat semulajadi dalam industri pembinaan secara khusus. Selain itu, ia memberikan peluang dalam penambahan ilmu pengetahuan dan menjalankan jaringan kolaborasi bersama pihak industri di dalam bidang biokomposit.

 

Lawatan yang berlangsung selama setengah hari tersebut padat diisi dengan aktiviti perbincangan dan lawatan ke kilang pembuatan produk berasaskan fiber-glass. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Puan Maziah Mohamad, selaku CEO DK Composites telah diadakan antara kedua pihak. Antara intipati perbincangan adalah mengenai penglibatan kerjasama DK Composites dan INTROP dalam seminar, penerbitan serta jaringan kerjasama di masa hadapan. Di kesempatan itu juga, INTROP turut mempromosikan program siswazah yang ditawarkan di INTROP serta program mobiliti pelajar.

 

DK Composites Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar komposit yang terkenal dengan produk dan komponen seni bina, marin, dan rel, telah mengutarakan beberapa cabaran utama dalam proses pengeluaran mereka. Antaranya:

 

  1. Masalah Penggunaan Papan Lapis/Kayu: Penggunaan papan lapis/kayu sebagai acuan dan bahagian penutup memerlukan kekuatan dan permukaan yang baik. Namun, masalah timbul apabila resin dan pengepala dikenakan, menyebabkan pelupusan yang mengakibatkan delaminasi.
  2. Cabaran Pembinaan dan Pemasangan Dome: Untuk dome dengan diameter lebih daripada 23 meter, struktur keluli diperlukan. Syarikat berhasrat untuk mengurangkan kos dengan menghapuskan keperluan struktur keluli untuk diameter yang lebih besar. Namun, diperlukan analisis menyeluruh untuk menentukan kebolehan struktur dome bertahan tanpa bantuan struktur keluli.
  3. Kajian Penggunaan Serat Pisang: DK Composites Sdn Bhd sedang menjalankan kajian ke atas penggunaan serat pisang sebagai pengisi untuk panel dinding rumah modular mereka, dalam usaha meningkatkan kelestarian alam sekitar dan mencari alternatif yang lebih mesra alam.

 

DK Composites dan INTROP sedang mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyelesaikan cabaran ini dengan melakukan penyelidikan dan uji kaji pelbagai kaedah dan bahan yang berpotensi untuk dikomersialkan. Mereka juga yakin dengan initiatif kolaborasi yang berterusan dengan pihak INTROP akan dapat mengatasi semua cabaran tersebut dengan berkesan.

 

Lawatan ke model rumah berasaskan gentian fiber

 

 

Taklimat dari Puan Maziah berkaitan struktur fiber dalam produk syarikat

 

 

Sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta

Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbQAT~