Jalinan Kerjasama Kao Singapore Private Limited Bersama INTROP | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Jalinan Kerjasama Kao Singapore Private Limited Bersama INTROP

Jalinan Kerjasama Kao Singapore Private Limited Bersama INTROP

Serdang, 5 Mac 2024 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah menerima lawatan dari Kao Singapore Private Limited yang terdiri daripada Encik Shota Yamakawa (Pengurus Pembangunan Bisnes), Cik Cheng Mei Hwei (Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia) dan Encik Masato Sugahara (Pengurus Jabatan Penyelidikan Pembangunan Kimia). Pihak INTROP diwakili oleh 6 orang staf yang diketuai oleh Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan (BADs) iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff, Ketua Program Teknologi Pulpa dan Kertas & Kawalan Pencemaran iaitu Dr. Ainun Zuriyati Mohamed @ Asa’ari, Pegawai Penyelidik Kanan iaitu Dr. Chin Kit Ling dan En. Mohd Ashadie Kusno, Pasca Doktoral iaitu Dr. Lee Chuan Li, dan Pegawai Sains Kanan iaitu Puan Ana Salleza Md Salleh. Perjumpaan ini juga dihadiri oleh Encik Ishiguro Takato secara atas talian dari Kao Jepun yang merupakan pakar dalam penghasilan bahan nyahdakwat organik.

Perjumpaan ini merupakan kali pertama diadakan bagi perbincangan kerjasama penyelidikan dalam pembangunan penyelidikan nyahdakwat. Kerjasama ini juga turut melibatkan kerjasama yang di jalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Saban tahun pihak Pusat Islam, UPM menerima timbunan buku-buku yang mengandungi cetakan kalimah suci yang tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja daripada penduduk dan staff UPM. Kaedah semasa adalah dengan pelupusan melalaui kedah pembakaran. Kaedah in bukan sahaja menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar malah merugikan sisa kitar semula. Idea penyahdakwatan ini dicadangkan untuk membuat pelupusan cetakan kertas secara teknologi hijau dan membolehkan produk pulpa boleh di guna semula bagi cetakan produk kertas lain yang sesuai.

Dengan kerjasama ini, pihak Kao mempunyai beberapa produk yang dihasilkan secara organik yang berupaya membantu permasalahan yang di cadangkan oleh pihak INTROP. Pihak Kao Singapore Private Limited berminat untuk bekerjasama dengan projek ini dan berpendapat hasil dari kerjasama ini adalah berimpak tinggi kerana jika ianya bakal membantu pelbagai pihak di Malaysia dan dalam masa yang sama menangani isu persekitaran sejajar dengan halatuju industri dan memenuhi keperluan matlamat  pembangunan mampan (SDGs).

Pihak INTROP mengalu-alukan kerjasama berkenaan dan akan meneruskan aktiviti berkaitan dalam masa terdekat bagi menyumbang kepada kelestarian penyelidikan dan bidang tujah penyelidikan di INTROP.

 

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbRAJ~