Jaringan Antarabangsa Dan Program Pertukaran Pelajar Bersama Kyushu Institute Of Technology, Jepun (Kyutech) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Jaringan antarabangsa dan program pertukaran pelajar bersama Kyushu Institute of Technology, Jepun (Kyutech)

Jaringan antarabangsa dan program pertukaran pelajar bersama Kyushu Institute of Technology, Jepun (Kyutech)

Serdang, 1 Feb 2023 – Ketua Laboratoti Biopolimer dan bahan terbitan Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff bersama pelajar beliau, Cik Nur Fatihah Eliya Mohamed Fauzi telah di jemput dan mengikuti program bertajuk Japan-Asia Youth Exchange Program in Science (SAKURA SCIENCE Exchange Program) pada 20 - 30 Januari 2024 di Kyushu Institute of Technology, Fukuoka, Japan. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Japan Science and Technology Agency (JST).

Antara tujuan utama program ini adalah  untuk menjemput profesional muda dan pelajar dari negara Asia untuk lawatan jangka pendek ke Jepun bagi berkongsi teknologi saintifik termaju Jepun selain mengadakan pertukaran pandangan dengan universiti dan institusi penyelidikan. Program ini juga bertindak sebagai jambatan untuk pertukaran kakitangan dan penyelidikan antara Jepun dan negara rakan Kongsi dalam pelbagai bidang bagi memberi faedah kepada ke dua- dua negara.

 

Program ini  di pengerusikan oleh Prof Dr Toshinari Maeda daripada Jabatan Kejuruteraan Fungsi Biologi, Kyutech. Turut menyertai proram ini adalah penyelidik dan professor daripada negara Maxico (Prof. Dr. Rodolfo), Colombia (Assoc. Prof. Dr. Viviana), Vietnam (Dr. Phoung) dan Filipina (Dr. Pierangeli). Antara aktiviti yang di jalankan adalah perbincangan dua-hala antara setiap universiti, pertukaran pelajar & staf, dan juga pertandingan “World Bacteria Convention 2024 (WBC2024)” di mana setiap negara peserta perlu menyediakan satu stain bakteria yang mempunya aktiviti yang aktif untuk penghasilan enzim protease (exoprotease-producing cell) dan Penderiaan kuorum iaitu proses komunikasi sel-sel bakteria (Quorum sensing). Sepanjang tempoh berkenenaan peserta akan membuat ujian makmal dan penelitian bagi menghasilkan sel bakteria yang mempunyai ciri yang di kehendaki dan menunjukkan aktiviti yang tertinggi. Untuk aktiviti WBC2024, penyelidik INTROP telah berjaya mendapat tempat teratas dalam kategori exoprotease-producing cell manakala penyelidik dari Columbia menggunguli kategori Quarom sensing. Sijil penghargaan dan medal di sampaikan oleh Prof Maeda bagi pihak JST.

Turut dibincang ketika pertemuan ini adalah mengenai inisiatif pertukaran pelajar dan pembagunan penyelidik dan penyelidikan dalam rangkaian kerjasama antarbangsa, di mana aktiviti seterusnya di jangka pada bulan julai akan datang. Di kesempatan ini pihak INTROP turut juga mempromosikan aktiviti penyelidikan dan kerjasama bagi menjemput Kyutech sebagai penganjur bersama untuk program hari terbuka INTROP 2024. Di harap dengan kesinambungan program ini akan lebih menyerlahkan lagi keterlihatan INTROP di peringkat rantau Asia dan Antarabangsa.

 

  

Tarikh Input: 07/02/2024 | Kemaskini: 07/02/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbQAl~