INTROP Menerima Kunjungan Hormat CEO Leave A Nest Co Ltd, Japan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP Menerima Kunjungan Hormat CEO Leave a Nest Co Ltd, Japan

INTROP Menerima Kunjungan Hormat CEO Leave a Nest Co Ltd, Japan

UPM Serdang, 30 Mei - Delegasi Leave a Nest Co Ltd, Japan mengadakan kunjungan hormat ke Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Rombongan diketuai oleh Dr. Yukihiro Maru, CEO Leave a Nest Co Ltd bersama En. Abdul Hakim Sahidi, Pengarah Urusan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd, Dr. Yuko Ueno, Pengarah Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd dan Dr. Kihoko Tokue, Pengarah Leave a Nest Singapore Pte. Ltd. Delegasi INTROP diketuai oleh Prof. Ts. Dr Khalina Abdan, Pengarah INTROP, Dr Syeed SaifulAzry, Pegawai Penyelidik Kanan, dan Dr. Lee Seng Hua, Felo Penyelidik.

Kedua-dua institusi membincangkan potensi kerjasama dalam usaha membantu aktiviti pengkomersilan dan peningkatan skala penyelidikan serta pembangunan program keusahawanan di kalangan penyelidik.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 31/05/2022 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXFEJA2~