Master Sains dan Phd (Biopolimer, Teknologi Pulpa dan Kertas)

Program ini menumpukan kepada teknologi baru dalam usaha mentransformasikan bahan lignoselulosa kepada biopolimer dan biokimia serta terbitan lain.  Penyelidikan adalah merangkumi plastik terbiodegradasi daripada fitojisim, bioperekat daripada kulit pokok, biopenglitup, pengubahsuaian selulosa dan sebagainya.

Selain itu, program ini memfokuskan kepada pendekatan ekonomi proses biopemulpaan dan biopelunturan bagi bahan bukan kayu dan sisa pertanian yang melibatkan pengubahsuaian kimia gentian. Pembangunan produk berasaskan kertas seperti kertas pembungkusan juga dikaji. Kajian kawalan pencemaran dalam penghasilan pulpa dan kertas, proses biorefinery, meminimumkan sisa, pemulihan bahan api, pengurusan sisa toksik dan rawatan air turut ditekankan.