Anugerah Projek Perundingan

INTROP telah diberikan 14 projek perundingan daripada pelbagai pihak sepanjang tempoh 5 tahun (2008-2012) dengan jumlah keseluruhan bernilai RM 3,358,238.00. Ia adalah satu pencapaian besar buat INTROP kerana kebanyakkan projek adalah daripada agensi kerajaan, seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Projek-projek ini boleh diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi kepada negara dan sektor perhutanan. Dari sudut lain, projek-projek perundingan ini telah menyumbang kepada pelbagai jenis penerbitan, seperti, buku, laporan teknikal, standard dan artikel jurnal.