| INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN

UPM, Leave a Nest (Malaysia) Sdn. Bhd. jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi

BUKIT JALIL, 18 Februari – Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan bersama Leave a Nest (Malaysia) Sdn. Bhd. bagi menjalin kerjasama penyelidikan dan inovasi.
 
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari telah mewakili Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman untuk menerima Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leave a Nest dan Pengasas Leave a Nest, Dr. Yukihiro Maru.
Prof. Dr. Nazamid berkata, melalui MoU itu ianya sebagai platform membangunkan syarikat pemula dan menggilap penyelidik UPM yang mempunyai produk atau teknologi yang berpotensi untuk dikomersilkan.
 
“Produk dan teknologi yang berpotensi akan dipromosikan kepada pelabur atau padanan kepada syarikat pemula dalam rangkaian Leave a Nest di peringkat antarabangsa dan akan memberi memberi manfaat kepada penyelidik UPM,” katanya.
 
Kerjasama itu adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu Matlamat 2, Mewujudkan Hab penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari.

SXDdDAO~