| INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN

Majlis Anugerah Dana Newton-Ungku Omar kepada penyelidik INTROP

Penyelidik INTROP semasa majlis penganugerahan oleh Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia

 

 

"PUTRAJAYA: Projek lima universiti awam (UA) tempatan terpilih sebagai penerima Dana Newton-Ungku Omar (NUOF) iaitu dana penyelidikan yang diwujudkan oleh kerajaan United Kingdom (UK) dan Malaysia. 
 
Universiti itu terdiri daripada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. 
 
Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid, berkata kriteria untuk menjadi penerima dana terbabit ialah institusi berkenaan mestilah membentangkan penyelidikan bersama dengan institusi pendidikan di UK dan ia akhirnya mesti memberi manfaat kepada masyarakat. 
Beliau berkata, kerjasama seumpama itu penting kerana ia mampu menyelesaikan cabaran kompleks yang dihadapi komuniti global. 
 
"Cabaran itu termasuk pembangunan lestari, kemiskinan, perubahan iklim dan pelbagai isu lain. 
"Justeru, usaha ini menjadi platform kepada penyelidik tempatan untuk bekerjasama di peringkat antarabangsa dalam bidang masing-masing," katanya ketika berucap di Research and Innovation Bridges Programme, di sini, sebenar tadi. 
Yang turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British, Paul Rennie.
 
NUOF diuruskan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) bersama-sama Innovate UK dan Research Council of UK (RCUK) sebagai agensi pelaksana. 
Malaysia mengeluarkan kira-kira RM20 juta untuk membiayai beberapa penyelidikan pada awal inisiatif NUOF pada tahun 2014. 
 
Sementara itu, Rennie berkata pihak UK turut memperkenalkan Newton Prize buat julung kalinya bagi meraikan penyelidikan di bawah pembiayaan Newton Fund. 
 
Katanya, Malaysia layak menerima Newton Prize untuk tahun depan sebanyak RM1.1 juta bersama-sama India, Thailand dan Vietnam.

 

 

SXEQXAf~